Paste Your Taobao's Product Link Here and Start Shopping


Jualan Siber 1111


Posted on 2016-10-26 05:10:09



Bilakah tarikh akhir pembelian bagi festival beli-belah 1111 di Bakashopping.com?
Bakashopping.com mula menerima pesanan dari sekarang sehingga tepat 8.00pm, 10hb November 2015 bagi memastikan segala pembelian 1111 festival dapat dilakukan secara lancar. Pesanan yang lewat akan dikenakan harga biasa.

Apakah festival 1111?
1111 merujuk kepada tarikh 11hb November (11/11) yang pada asalnya merupakan perayaan para bujang di China. Pada hari yang istimewa ini, para penjual di China akan menjalankan pelbagai promosi hebat bagi menarik perhatian konsumer, termasuk diskaun sehingga 90%, pelancaran produk baru, penwarana baucer unik ataupun kos penghantaran tempatan yang percuma. Promosi-promosi festival ini adalah terhad pada 11hb November sahaja.

Baranagan promosi tidak terhad kepada barangan keluaran negara China. Ini bermaksud jenama-jenama antarabangsa yang popular seperti Nike, Adidas, New Balance, Kose, Shiseido dan sebagainya turut disertai dalam promosi ini!


Festival 1111 ini dijalankan di Taobao.com dan Tmall.com sejak tahun 2011. Jumlah transaksi yang dianggarkan untuk festival ini adalah sebanyak 191 billion RMB pada tahun 2012 dan terus meningkat ke 350.18 billion pada tahun 2013. Kini, festival 1111 merupakan festival membeli-belah online yang terbesar di dunia.

 

Apakah produk yang dipromosi dalam festival 1111?
Festival 1111 merangkumi hampir kesemua jenis produk yang tersedia dalam pasaran sekarang, contohnya barangan fesyen, elektronik, kosmetik, beg dan kasut, barangan bayi dan berbagai-bagainya. Penjual yang menyertai festival ini tidak terhad kepada menjualkan barangan jenama China sahaja, tetapi juga melibatkan pelbagai jenama terkenal dari luar negara. Anggaran kasar jumlah penjual yang menyertai festival 1111 pada tahun ini adalah lebih daripada 20,000 penjual.

Bagaimanakah festival 1111 ini dijalankan?
Hanya barang-barangan yang dibelikan pada 11hb November yang dapat menikmati promosi-promosi festival ini. Walaupun begitu, para penjual di Taobao biasanya memulakan promosi mereka sebelum 11hb November. Kini, promosi-promosi bagi festival 1111 sudah mula dipaparkan oleh para penjual. Para pembeli yang berminat diseur untuk menurunkan pesanan mereka di Bakashopping.com sebelum tarikh akhir 10hb November 2015. Sila terus membaca untuk cara membuat pesanan.

Bagaimanakah mencari produk festival 1111?
1. Anda boleh memulakan pencarian penjual dan memilihkan penjual dan jenama yang diminati melalui link yang berikutnya:

Taobao

Tmall

 

2. Setelah habis memilih penjual, anda boleh mula melihat-lihat produk mereka yang terlibat dalam promosi festival 1111. Barangan yang dipromosi 1111 akan memaparkan logo berikut:

 



3. Secara alternatif, anda juga boleh memulakan pencarian dengan mengisi nama produk yang anda minati. Produk yang terlibat dalam festival 1111 akan ditunjukkan dengan icon dan harga dalam gambar produk mereka (Belum dimulakan).

 

Bagaimanakah membuatkan pesanan untuk festival 1111?


1. Pilihkan produk anda :


Produk yang terlibatkan dalam festival 1111 boleh dikelaskan dalam 3 kategori, di mana masing-masing memaparkan harga secara berlainans:


a) Pelancaran produk baru di mana harga ditunjukkan dalam penghuraiannya :Bagaimanakah membuatkan pesanan untuk festival 1111?

 

b) Harga promosi yang terhad pada 11hb November sahaja di mana harga ditunjukkan dalam gambar produk:

 

 

c) Produk pre-sales di mana harga ditunjukkan dalam gambar dan maklumat produk:

 

 

2. Masukkan produk anda ke dalam troli (shopping cart) Bakashopping.com dengan harga yang berkaitan, dan sila masukkan nombor “1111” di dalam petak “Remark”:

 

 

3. Selepas anda telah membuatkan pesanan, sila membuat pembayaran secara penuh agar pihak Bakashopping.com dapat memproseskan pesanan anda. Sila merujuk kepada artikel “Bagaimana Beli (How To Order)” untuk langkah-langkah pembelian secara terperinci.

Bilakah dapat saya menerima produk promosi festival 1111?
Memandangkan harga festival 1111 hanya sah pada 11hb November sahaja, sebarang pesanan dan pembayaran anda hanya akan pihak Bakahsopping.com proseskan di Taobao.com pada 11hb November 2015 agar anda dapat menikmati promosi- promosi tersebut. Barang-barang anda dijangka sampai ke gudang China dalam 5 – 7 hari bekerja selepas 11hb November 2015, dan seterusnya mengambil masa 5 – 14 hari bekerja untuk penghantaran barang dari gudang China ke destinasi anda di Malaysia melalui ABX atau Skynet.

Apakah yang akan berlaku sekiranya saya tidak dapat barangan promosi festival 1111 walaupun saya telah membuatkan pesanan dan pembayaran?
Sebagai satu promosi yang sangat popular, Festival 1111 akan menarik para pembeli dari seluruh dunia pada waktu yang sama. Hal ini mungkin akan menyebabkan server lag – para pengguna akan menghadapi masalah penyambungan internet ke Taobao.com. Memandangkan sesetengah produk yang dipromosi semasa festival 1111 adalah amat terhad, Bakashopping.com tidak dapat 100% menjaminkan bahawa semua produk dapat dipesankan di Taobao.com pada 11hb November 2015. Namun, Bakashopping.com akan bertungkus-lumus agar dapat memuaskan semua para pembeli yang dihormati.


Sekiranya Bakashopping.com tidak dapat mendapatkan produk promosi festival 1111 tertentu, pihak Bakashopping.com akan berkonsultasi pembeli agar meneruskan pesanan tersebut dengan harga biasa, ataupun meminta pemulangan (refund) penuh .
Bakashopping menggalakkan para pembeli supaya membuatkan pesanan anda seawal mungkin bagi meninggikan peluang mendapatkan produk promosi festival 1111.

Sekian, terima kasih!


Our Partners

ABX Express
Maybank2u
Skynet Express
Taobao
TMALL